Friday, 1 January 2016

Exhibition Preparation

xoxo, WH ღ at 1.1.16 8 comments
Hello.

Honestly, stay sampai 12 am kat campus was really fun sebenarnya.   *serius*

Memang penat . sangat . tipu lah kalau kata tak penat kan. tapi the memories sangat berharga and will stay forever. Lagipun dah final year kan, lepas ni dah tak da quality time macam ni nak spend time comot comot tangan main acrylic bagai. :')




Tak dapat nak record banyak-banyak kenangan, sebab tangan memang kotor dan penuh acrylic haritu. Walaupun balik lambat, tambah penat lagi, then keesokan pagi tu, most of us yang stay semua ada exam Innovation Management dan semua tak berapa boleh buat sebab tak sempat study! haha harap harap lulus lah, ameen. 

tapi 

Kami really enjoyed that saat-saat terakhir bersama. Sebab rasa moment tu sangat berharga. :')  * serius cakap, rugi siapa yang tak stay buat props sampai 12 tengah malam tu *

[UPDATED]



We are so excited doing these acrylic things! Sebab dah lama x main acrylics , last time masa semester 5 if I'm not mistaken.  :D








Updated pictures credits to BCA classmates. (sebab tak sure dari fon sape dah banyak sangat campur campur fon)  ;)

xoxo, 

Exhibition Requirements

xoxo, WH ღ at 1.1.16 9 comments
Hello.

Mengikut Mr. M, benda-benda wajib yang perlu ada pada hari exhibition adalah Research Poster (A1), Short Film Poster (A2), Bussiness Card (1 Box), & DVD cover.

So, these are the designs that I made haritu.


1. Research Poster (A1 size)



2. Short Film Poster (A2 size)




3. DVD Cover



4. Bussiness Card

Back
Front


xoxo, 

Stickers & Button Badges

xoxo, WH ღ at 1.1.16 5 comments
بسم الله , Hello.

Untuk subject Portfolio and Event Management, kami dikehendaki buat sekurang-kurangnya tiga benda untuk dipamerkan pada hari exhibition.

Bagi memenuhi kehendak Mr. M, pada awalnya saya bercadang untuk buat custom notebook. Tapi selepas try nego dengan orang yang buat custom notebook tu, dia nak cas RM 12 untuk satu buku. dah tu, minimum kena around 50 pcs. try nego dan nego lagi then tidak berjaya dan saya give up.

Last-last cancel pasal notebook tu, sebab memang tak cukup budget, cuba bayang kalau satu 12 ringgit, kalau 50 pcs equal to 600 hingget. (habis duit mara sebulan kot!), dah la masa tu duit mara duk ada around 100 je dalam bank.  TT

Jadi saya buat keputusan untuk buat stickers dan button badges. Ini pun ambik masa dalam sehari dua jugak la nak survey harga yang murah dan boleh siap cepat.

These are the designs for button badges.

Dua designs ni saya guna characters fyp saya, Rooftop Affair.
Dan lagi tiga designs kat bawah ni, saya ambil dari drawings lama saya.


Bagus kakak yang buat button ni, dah la mesra pelanggan, murah, cepat siap pulak tu. saya hantar designs by Jumaat. then Isnin dah sampai. Cepat kan? Recomanded lah untuk sesiapa yang nak order button, nak cepat siap dan murah. 

Boleh contact owner ig ni ye. :)   Madeinparit

Ini hasil dia




Seterusnya designs untuk stickers. Tak banyak beza dengan button. Cuma saya tukar font, then saya ada add satu design lain untuk stickers ni.


Terfikir nak buat satu design macam Rooftop Affair family potret , so i made one. :)

xoxo,
 

wh-xoxo.blogspot Template by WH | Copyright 2015